Sukan SEA Kemboja: Jason Loo pingat emas kejayaan luar jangkaan

Ammar Hakim
May 16, 2023 11:41 MYT
Pemenang pingat emas taekwondo dalam acara poomsae, Jason Loo tidak menjangkakan kejayaannya selepas acaranya tidak dipertandingkan dalam edisi lalu namun persediaan tetap berjalan sehingga hari terakhir sebelum bertolak ke Kemboja.
"Saya mengucapkan terima kasih ke atas jurulatih dan semua pihak yang membantu kami memastikan kejayaan kami di Kemboja," kata Jason.
"Ini merupakan usaha semua orang dan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan anda."
Pasangannya, Nurul Hidayah Abdul Karim, menjadikan pingat itu sebagai bonus sekaligus mempersiapkan diri untuk kejohanan terbesar yang seterusnya.
"Terdapat atlet yang bakal beraksi di Sukan Universiti Dunia dan sebilangan akan menjalani latihan dan bertanding di Korea sebelum ke Sukan Asia."
Sementara itu, Pengarah Teknikal Taekwondo Malaysia, Dhanaraj Rassiah, mengumumkan ganjaran yang bakal diterima bagi semua pemenang pingat serta barisan kejurulatihan.
#Malaysia #Sukan SEA