Sukan SEA Kemboja: Hoo Ying runsing pukulan tidak menjadi

Shaiful Shamsudin
May 13, 2023 13:05 MYT
Pemain ping pong negara, Hoo Ying, mungkin kecundang lagi andai terus membiarkan fikirannya berkecamuk dalam Sukan SEA Kemboja.
Ho Ying terlalu mahukan kemenangan hingga memakan diri apabila tewas dalam acara berpasukan wanita.
Justeru, dia yang belum berlapang dada terus dirundung malang dalam acara beregu campuran hari ini.
"Tahap persediaan yang telah dijalani berjalan lancar jadi saya perlu menyerlah dalam pertandingan.
"Tapi saya fikir tidak mampu beraksi dengan baik dan apabila berdepan pemain lelaki, anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.
"Dan saya tidak dapat mengawal tangan saya jadi saya berasa sangat kecewa," katanya.
Dan menjelang acara individu yang akan berlangsung esok -- mahu atau tidak pemain berusia 28 tahun itu memerlukan ketenangan tatkala berdepan haluan mencabar untuk mara ke peringkat akhir.
"Saya perlu cuba kembalikan rentak dengan segera keran acara saya hanya berbagi satu lagi," katanya lagi.
#Ping Pong #Sukan SEA Kemboja #Hoo Ying