Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, sedia mengumumkan persaraannya sekiranya gagal melepasi had kelayakan Kategori A ke Sukan SEA Hanoi, Mei depan.

Jelasnya, dia berkeyakinan tinggi untuk melepasi had kelayakan 21.5 meter itu dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil bermula esok meskipun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan tumit

"Saya rasa tiada tekanan kerana sebelum ini saya pernah mencatatkan 2.10 meter walaupun masih cedera di tumit," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi

"Setakat ini, masih ada 20 peratus lagi untuk pulih sepenuhnya tetapi minggu ini, saya akan memberikan lompatan terbaik.

"Dengan keadaan tubuh saya buat masa ini, ketinggian 2.15 meter itu bukan satu masalah, saya hanya mahu bersaing dan perlu melihat juga keadaan cuaca (untuk mengelakkan kecederaan)," katanya.