Sukan SEA Hanoi: Hup Wei akan bersara jika tidak terpilih

Muzaffar Musa
March 6, 2022 14:54 MYT
Jaguh lompat tinggi veteran negara, Lee Hup Wei, bakal mengumumkan persaraannya seandainya tidak dipilih Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk ke Sukan SEA Hanoi, Mei depan.
Perkara itu akan ditentukan badan induk berkenaan dalam satu mesyuarat khas esok.
Ia selepas Olimpian negara itu tewas kepada Atlet muda dari Sabah, Eizlan Dahalan, dengan berkongsi ketinggian 2.10 meter dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil Hari ini.
Had kelayakan untuk ke Sukan SEA adalah 2.15 meter dan mengulas mengenai perkara itu, Hup Wei berkata kepada wartawan Astro Arena, Bazly Azmi: "Ia bukan berpuas hati atau tidak, memang hari ini saya berprestasi baik, mungkin hanya sebab hujan.
"Tiga minggu lalu, saya cedera buku lali dan kini baru pulih daripada kecederaan itu.
"Hari ini, saya memang ada perasaan yang amat bagus dan boleh layak sekiranya cuaca tidak hujan.
"Tetapi cuaca pula hujan, tak bulah buat apa dan hanya dapat buat 2.10 meter sahaja.
"Saya tidak pasti (akan ke Sukan SEA) kerana esok akan ada mesyuarat di antara KOM dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Kita akan lihat apa keputusan mereka.
"Jika tidak terpilih, saya akan terus bersara," katanya.

#LeeHupWei puji prestasi #EizlanDahalan & bakal retire kalau tidak terpilih. Whattt #KOM pic.twitter.com/XmrcBiHriJ

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Lee Hup Wei #Sukan SEA Hanoi 2022 #Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia