Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong

Muzaffar Musa
May 21, 2022 12:45 MYT
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.
Selepas masing-masing memenangi pingat emas dalam acara individu, kedua-dua penembak negara itu menjadi peserta pilihan untuk menyapu bersih emas acara itu dalam saingan di Pusat Latihan Sukan Nasional Vietnam.
Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila kedua-dua wakil negara berkenaan kelihatan tertekan untuk memberikan bidikan terbaik, sekali gus gagal mengisi lapan slot final.
Johnathan ketika ditemui Nadi Arena mengakui gandingannya dengan Nurul Syasya Nadia masih belum serasi sehingga tidak dapat mengulangi pencapaian dalam acara individu.
"Saya rasa hari ini bukan hari kami kerana kalau berdasarkan prestasi, ia kurang memuaskan.
"Banyak faktornya dan kami juga masih berbincang dengan jurulatih mengenai apa faktor utama sehingga kami tidak dapat melakukan yang terbaik.
"Sekiranya sudah dikenal pasti, kami perlu melihat cara untuk kami mengatasi masalah tersebut.
"Kali ini pula, saya bergandingan dengan Nurul Syasya.
"Kami mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing tetapi disebabkan kami jarang dapat beraksi bersama, jadi kami tidak mendapatkan suasana terbaik untuk menembak bersama-sama," katanya.

Pemenang Emas Johnathan Wong & Nurul Syasya terkandas di peringkat kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran. Comeback stronger guys ???#SEAGames2021 #SemarakJuara #DemiMalaysia pic.twitter.com/Z7PVkCWoxt

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Menembak #Johnathan Wong #Sukan SEA Hanoi #Nurul Syasya Nadia Ariffin