Sarawak menunjukkan minat untuk turut sama melibatkan diri dengan penganjuran kejohanan sukan dwitahunan paling berprestij di Asia Tenggara iaitu Sukan SEA 2027 apabila menzahirkan kesanggupan untuk menjadi pengajur bersama dengan Putrajaya.

Bagaimanapun menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Sarawak juga ingin menyaksikan venue upacara perasmian kejohanan tersebut berlangsung di Kuching.

Itu sebahagian hasrat yang dinyatakan sekiranya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju memilih Sarawak selaku penganjur bersama andai dipersetujui.

Hasrat itu jelasnya sudahpun dinyatakan kepada KBS sebelum ini.

Ketika ini jelasnnya rundingan mengenai penganjuran yang mengumpulkan jaguh-jaguh sukan terhandal semua negara dari Asia Tenggara itu sedang giat dilakukan terutamanya dalam mencari bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan.

Jika ia berlaku katanya lagi, Malaysia akan menyaksikan buat julung kalinya upacara perasmian Sukan SEA akan diadakan di luar ibu negara Kuala Lumpur.