Sukan SEA 2025: ASTAF sahkan lima acara sepak takraw dipertandingkan
Aleqha Zainal
December 23, 2024 20:27 MYT
December 23, 2024 20:27 MYT
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi kategori lelaki dan wanita akan dipertandingkan dalam Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Disember tahun depan.
Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader, berkata kelayakan dan perincian acara berkenaan telah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA di ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Thailand pada 25 Oktober lalu.
Lima acara itu adalah regu berpasukan, regu, kuadran, gelung dan chinlone.
"Astaf telah mengemaskini dan telah bersetuju supaya regu, kuadran, gelung menjadi lapan acara sepak takraw
"Ia dibahagi kepada kategori lelaki dan wanita dan dipecah kepada empat acara wanita dan empat acara lelaki dalam kategori masing masing
"Pihak jawatankuasa juga sudah bersetuju untuk memberi medal chinlone bagi kategori lelaki dan wanita," katanya