Sukan Paralimpik 2024: Kecederaan berulang tidak halang Bonnie Bunyau sumbang emas
Saufi Tahir
September 7, 2024 19:33 MYT
September 7, 2024 19:33 MYT
Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, masalah kecederaan bahu kirinya sebelum beraksi dalam acara powerlifting menjadi kerisauan utama buat dirinya.
Begitupun, dia tetap teguh untuk menghadiahkan pingat emas kedua negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan angkatan 232kg sekali gus memecahkan rekod temasya.
"Sebelum ini saya risau mengenai kecederaan tangan kiri saya kerana semasa sesi pemanas badan saya sudah rasa kesakitan itu. Tapi saya abaikan kesakitan itu.
??? ? ???? ??? ??? ? ???? ????? We add a new medal collection on 6 September 2024. Good job, Malaysian Paralympic Athlete, keep the medal coming. Graphic By @ridhwanroslim pic.twitter.com/L7bTkapNzN
— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) September 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
???????? 2nd ???? ?? ????? Thank you Bonnie Bunyau for the 2nd Gold Medal in Paris 2024 Paralympic Games. Graphics & ? By @ridhwanroslim II @csn.tv pic.twitter.com/Us4XWDV5iv
— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) September 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dalam fikiran saya cuma ketika itu saya katakan bahawa saya mampu buat dan pentas itu sebagai saksi untuk saya bawa pulang pingat emas untuk Malaysia.
"Perkara yang saya takkan lupa adakah kecederaan ini, saya perlu sediakan mental saya untuk beraksi walaupun sudah banyak kali rasa kurang baik," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Karl Nunis.
Atlet kelahiran Sarawak itu bersedia untuk membuat penampilan di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 untuk memberikan inspirasi buat bakat-bakat muda nanti.
"Untuk hadir ke Sukma Sarawak, semestinya boleh." katanya kepada wartawan Nadi Arena, Karl Nunis.