Sukan Paralimpik 2024: Jamil Adam kagum lihat semangat juang Bonnie Bunyau

Saufi Tahir
September 7, 2024 19:33 MYT
Jurulatih powerlifting negara, Jamil Adam, menjelaskan bahawa walaupun Bonnie Bunyau Gustin, mengalami kecederaan pada otot bahu kirinya tetapi kekuatan mental membantu atlet kelahiran Sarawak itu merangkul pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024, semalam.
Ini berikutan, kecederaan bahu kiri kembali menghantuinya Bonnie dan jika diikutkan permintaannya, dia mahu menarik diri selepas melakukan angkatan pertama iaitu 221 kilogram.
Dalam aksi final angkat berat semalam, dia berhasil memecahkan rekod dunia miliknya sendiri (231kg) dengan angkatan baru 232kg yang turut mencatatkan rekod temasya untuk menyumbangkan emas kedua negara.

???????? 2nd ???? ?? ????? Thank you Bonnie Bunyau for the 2nd Gold Medal in Paris 2024 Paralympic Games. Graphics & ? By @ridhwanroslim II @csn.tv pic.twitter.com/Us4XWDV5iv

— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) September 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sebenarnya dia sudah rasa kesakitan itu kerana dia dalam status kecederaan. Jadi apa yang kita beritahu adalah untuk kuatkan mental dia, dan teruskan perancangan untuk pecahkan rekod. Ini adalah peluang dia.
"Tetapi jika dia mahu berhenti kita akan benarkan, tetapi mental dia sangat kuat, dia tetap mahu habiskan sehingga angkatan terakhir dia.
#Powerlifting #Bonnie Bunyau Gustin #sukan paralimpik 2024 #Jamil Adam
;