Sukan Olimpik Paris 2024: Pemanah negara, Ariana Nur Dania tempah kelayakan secara merit

Muzaffar Musa
November 11, 2023 05:16 MYT
Pemanah recurve wanita negara, Ariana Nur Dania Zairi, layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mara ke final Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand sebentar tadi.
Terdahulu, Ariana Nur Dania mencatatkan mata keseluruhan 649 mata dan menguasai tempat pertama pusingan kelayakan, sekali gus memecahkan rekod baru kebangsaaan bagi acara recurve wanita 36 anak panah dari jarak 70 meter.
Dia kemudian mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menewaskan pemanah Iran, Yasna Pour Mahani, dalam separuh akhir untuk ke final.

"This is a huge step for me!" -- Ariana Nur Dania See you in Paris, Ariana ?#NadiWeekend pic.twitter.com/BqAXLgGUB1

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ariana Nur Dania kemudian terus mencuri tumpuan dalam aksi final, di mana dia menewaskan pemanah Uzbekistan, Ziyodakhon Abdusattorova, 7-3 untuk dinobatkan sebagai pemenang pingat emas.
Sebagai rekod, Ariana Nur Dania merupakan atlet keempat negara layak secara merit ke temasya sukan terbesar dunia itu selepas Bertrand Rhodict Lises daripada sukan terjun, Nur Shazrin Latif (pelayaran) dan Johnathan Wong (menembak).
#memanah #Memanah recurve #Sukan Olimpik Paris 2024 #Ariana Nur Dania Zairi