Sukan Olimpik: Mesir cadang jadi tuan rumah edisi 2036

Ammar Hakim
September 25, 2022 12:31 MYT
Mesir merancang untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2036, kata menteri sukan, Ashraf Sobhi, Sabtu lalu.
"Presiden Abdel Fattah al-Sissi telah memberikan kebenarannya kepada Mesir untuk meletakkan dirinya sebagai tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2036," kata Sobhi.
Jika berjaya dengan bidaannya, Mesir akan menjadi negara Afrika atau Arab pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.
“Mesir mempunyai infrastruktur sukan yang kukuh dan jika ia boleh menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, ia akan menjadi bersejarah,” kata Bach semasa sidang akhbar bersama dengan Sobhi.
Seorang pegawai Mesir mengumumkan pada awal bulan bahawa Mesir, Greece dan Arab Saudi sedang berbincang untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030.
Mesir mengajurkan Piala Negara-Negara Afrika 2019, serta Kejohanan Bola Baling Dunia tahun lalu semasa pandemik COVID-19.
#Greece #Sukan Olimpik #Arab Saudi #Piala Dunia 2030 #Mesir #Piala Negara-Negara Afrika 2019 #Sukan Olimpik 2036