Sukan Olimpik: Gavin Green atlet terbaru negara layak ke Paris 2024

Muzaffar Musa
June 18, 2024 17:14 MYT
Pemain golf profesional negara, Gavin Green, sah menjadi atlet ke-21 Malaysia layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 bulan depan.
Ini selepas jaguh negara itu menempatkan dirinya dalam kelompok 60 pemain terbaik menjelang tarikh akhir kelayakan hari ini -- Gavin di tempat ke-53.
Sebagai rekod, ia akan menjadi penampilan ketiga berturut-turut Gavin di pentas temasya sukan terbesar dunia itu selepas Rio 2016 dan Tokyo 2020.

Gavin Kyle Gabriel Green layak ke Olimpik Paris 2024 dan menjadikan beliau atlit yang ke 21 Malaysia melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik kali ini!?#GoforGold #OlimpikParis2024 pic.twitter.com/VY4UsOsto6

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Golf #Gavin Green #Sukan Olimpik Paris 2024