SUKAN LAIN
Sukan Komanwel: Eain Yow-Chee Wern bawa cabaran Malaysia ke separuh akhir
Pasangan beregu skuasy negara, Ng Eain Yow-Yuen Chee Wern, berjaya melangkah ke separuh akhir saingan Sukan Komanwel Bimringham selepas mengetepikan cabaran pasangan India, Sentilkumar Velavan-Abhay Singh.
Atas kertas, Malaysia memiliki untuk meraih kemenangan namun di atas gelanggang, lain ceritanya apabila India memberikan tentangan sengit dalam dua set aksi pertarungan.
Selepas mengikat Malaysia 7-7, India cuba untuk mengatasi Eain Yow-Chee Wern namun kelemahan pertahanan menyaksikan Malaysia menang set pertama 11-8.
Iklan
Set kedua bermula dengan cemerlang buat Malaysia apabila berjaya mendominasi permainan namun sedikit kelekaan menyaksikan India menyamakan kedudukan 6-6 sehingga memaksa pasangan negara untuk bekerja lebih keras.
Bagaimanapun, pengalaman yang dimiliki Eain Yow-Chee Wern memastikan Malaysia menang 11-8 dan mara ke separuh akhir.
Must-Watch Video