Sukan Asia: Khiew Hoe Yan sasar layak ke peringkat akhir

Ammar Hakim
September 22, 2023 19:35 MYT
Skuad renang negara tiba di Hangzhou dengan semangat baru untuk memulakan kempen Sukan Asia -- lebih-lebih lagi buat pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja, Khiew Hoe Yan, yang ingin memastikan penampilan pertamanya bakal memberi suatu makna.
"Setakat ini amat baik, saya sangat gembira untuk menghadapi saingan kali ini dan mahu melakukan yang terbaik di sini," kata Hoe Yan menerusi Nadi Arena.
Sebelum ini di Temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China, Hoe Yan mencatatkan 1 minit 48.02 saat kurang 0.02 saat untuk memperbaharui rekod peribadinya dalam acara 200 meter gaya bebas.
Walaupun pencapaian tahun ini tampak seperti tidak memihak Hoe Yan, dia masih percaya dengan kemampuan dirinya untuk kembali ke prestasi sebenar.
"Saya berharap layak ke peringkat akhir. Layak ke perlumbaan akhir, dan daripada situ kami akan melihat apa yang bakal berlaku. Tahun 2023 bukanlah musim yang baik jadi kami akan cuba melakukan yang terbaik dalam Hangzhou."
#Renang #Sukan Asia #Akuatik
;