Sukan Asia Hangzhou: Tiada istilah barisan kroni sepak takraw

Shaiful Shamsudin
September 12, 2023 20:00 MYT
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) hari ini mengumumkan senarai akhir 12 pemain yang akan menggalas cabaran Malaysia dalam Sukan Asia Hangzhou 2022.
12 pemain yang diumumkan terdiri daripada empat tekong, empat apit kiri serta empat apit kanan yang diketuai tonggak berpengalaman, Muhammad Syahir Rosdi, sebagai ketua pasukan.
Tiga pemain yang terlepas slot ke temasya yang bermula 23 September ini ialah tekong, Meor Zulfikar Mat Amin, Muqlis Borhan (apit kiri) serta Shahalril Aiman Halim (apit kanan).
Badan induk itu turut mengesahkan mereka kekal dengan sasaran satu pingat emas serta satu perak untuk skuad lelaki negara edisi ke-19 ini dengan misi utama ialah mempertahankan emas acara regu yang diraih dalam temasya Jakarta-Palembang 2018.
"Sebelum ini kami menyasarkan emas sebab mengambil kira Thailand tidak masuk bertanding pada waktu itu.

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sudah mengumumkan senarai akhir 12 pemain lelaki yang akan galas cabaran Malaysia di Sukan Asia Hangzhou. Tekong berpengalaman, Syahir Rosdi diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan. More on Nadi Arena 7.30 malam ini ?@ASTROARENA pic.twitter.com/xHJdJE9QKq

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) September 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tapi sekarang kami perlu hadap sama ada tanpa mengira penyertaan kerana ia pencapaian tertinggi kami di Palembang.
"Memang kami mampu boleh mengalahkan Thailand, bukan sesuatu yang mustahil," kata Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan.
Dalam perkembangan sama, ketua jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun, menepis dakwaan yang mengatakan PSM bersifat pilih bulu dalam soal pemilihan pemain ke Sukan Asia Hangzhou.
Tegas Ahmad Jais, 12 pemain yang dipilih adalah yang terbaik selepas mengharungi beberapa sesi penilaian termasuklah kem latihan selama hampir tiga minggu di Thailand, bulan lalu.
"Tiada istilah regu kroni sebab kami pilih daripada 15 yang terbaik sebab kami sudah jalani tiga perlawanan ujian dan satu pertandingan di Pattaya.

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sudah mengumumkan senarai akhir 12 pemain lelaki yang akan galas cabaran Malaysia di Sukan Asia Hangzhou. Tekong berpengalaman, Syahir Rosdi diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan. More on Nadi Arena 7.30 malam ini ?@ASTROARENA pic.twitter.com/xHJdJE9QKq

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) September 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami dapat lihat pemain yang konsisten, berpotensi dan kami sudah mula mengumpul pemain untuk membentuk regu berkemampuan.
"Kami perlu kemaskan regu untuk cabaran ke Sukan Asia ini," katanya.
#Sepak Takraw #Sukan Asia Hangzhou
;