Kuartet 4x100 meter lelaki negara melaungkan impian untuk pecutan yang lebih deras dalam pusingan akhir Sukan Asia Hangzhou malam esok.

Dalam saringan awal pagi tadi, barisan pelari yang terdiri daripada Muhammad Arsyad Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi merakamkan masa 39.40 saat untuk menduduki tempat ketiga pusingan awal itu.

Justeru, kuartet negara itu berikrar untuk meningkatkan prestasi dalam aksi penentuan pingat di Stadium Olimpik Hangzhou.

"Bukanlah persembahan terbaik daripada kami memandangkan saya dan Khairul Hafiz sudah menyertai dua acara.

"Kami ada kaki segar dalam pasukan dan Alhamdulillah kami layak ke final dan menyasarkan untuk larian lebih bagus.

"Esok kami akan berlari pada sebelah malam. Semoga semuanya berjalan lancar dan buktikan bahawa kami mampu melakukan yang lebih baik lagi," kata Azeem.