SUKAN ASIA

Sukan Asia Hangzhou: Eain Yow kejutkan bekas juara untuk mara ke separuh akhir

Stadium Astro
Ammar Hakim
03/10/2023
08:34 MYT
Sponsor Banner
Sukan Asia Hangzhou: Eain Yow kejutkan bekas juara untuk mara ke separuh akhir
Pemain skuasy negara, Ng Eain Yow, meneruskan cabaran untuk meraih pingat emas Sukan Asia Hangzhou susulan kejayaan meraih kemenangan 3-0 ke atas juara edisi 2014 dari Kuwait, Abdullah Al-Muzayen, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan kedua-dua pemain saling bertukar mendapatkan mata, menguji kemampuan masing-masing menerusi pukulan-pukulan yang cukup berkualiti.
Selepas perlawanan terikat 10-10, Eain Yow tenang mencari rentak sebelum menoktahkan set pertama 14-12.
Skrip berbeza berlaku dalam set berikutnya, Al-Muzayen, berjaya mendahului tiga mata tanpa balas, namun Eain Yow berjaya menemui semula rentak sebelum memastikan kemenangan 11-6.
Seakan kehilangan momentum, kegagalan Al-Muzayen mencari ruang untuk mengutip mata digunakan sebaik mungkin Eain Yow untuk mendahului 6-1.
Eain Yow memperoleh lima mata berturut-turut bagi memastikan kemenangan 3-0 sekaligus melangkah ke separuh akhir.
Sementara itu, ratu skuasy negara, S. Sivasangari turut meneruskan kemaraan apabila meraih kemenangan 3-0 ke atas atlet Korea Selatan, Heo Mingyeong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video