Stadium Petaling Jaya kini rumah Gergasi Merah!

Muzaffar Musa
April 26, 2024 10:03 MYT
Stadium Petaling Jaya kini kelihatan sudah bersedia untuk menjadi rumah Selangor menjelang saingan Liga Malaysia musim 2024/25 bermula bulan depan.
Bersempena penganjuran Selangor Asia Challenge (SAC) hari ini, kelab itu memaparkan keadaan terkini stadium berkenaan selepas selesai proses naik taraf.
Stadium berkenaan kini dipenuhi tema Merah Kuning dengan tempat duduk baru, padang yang kelihatan amat baik, serta kemudahan yang kelihatan cukup indah buat peminat The Red Giants.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Selangor FC #SAC 2024 #Selangor Asia Challenge 2024