Speedy Tigers masuki tiga hari terakhir misi hidup mati di Oman

Daeng Dhadyry
January 12, 2024 15:58 MYT
Kehangatan dan debaran semakin dirasai, tiga hari menuju aksi pembukaan peringkat kumpulan bertemu China.
Skuad negara kendalian Arul Selvaraj tiba di Oman dengan harapan menggunung menamatkan kemarau penampilan di pentas Olimpik selepas kali terakhir beraksi di edisi Sydney tahun 2000.
Watak utama taruhan Arul, antaranya Shahril Saabah, nama yang tidak berada dalam perancangan skuad negara sejak dua tahun lalu.
Ini kerana, Shahrul seringkali ditimpa kecederaan yang serius.
Namun Arul percaya kelibat Shahril merupakan satu tonik terbaik buat pasukan ekoran kemahiran penyudahnya di dalam kawasan D, di samping menjadi salah seorang pakar pukulan sudut penalti negara.
Arul akan menilai keberkesanan Shahrul pada aksi persahabatan bertemu Kanada dan Chile sebelum bertemu China pada 15 Januari ini.

Kerelevanan Shahril Saabah akan dinilai dalam aksi persahabatan bertemu Kanada & Chile sebelum saingan kumpulan Kelayakan Olimpik bermula ? pic.twitter.com/oSBOtMc8ix

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Hoki #Speedy Tigers #Kelayakan Olimpik Paris