Skuad skuasy remaja wanita negara mencipta sensasi apabila mengungguli Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia di Chennai, India hari ini.

Kejuaraan itu dilakar selepas Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 dalam aksi final.

Ia merupakan kemenangan berpasukan keempat berturut-turut Malaysia dalam acara wanita di peringkat remaja Asia selepas turut memenanginya pada 2015, 2017 dan 2019.

Pemain muda, Aira Azman, bermula cemerlang apabila menyumbang mata pertama negara menerusi kemenangan ke atas Wai Sze Wing 11-2, 11-9, 11-5.

Aksi J. Yasshmita juga tidak mengecewakan biarpun berdepan tentangan sengit Toby Tse Yee Lam sebelum menang 11-5, 7-11, 11-9, 9-11, 11-7.

Dalam pada itu, skuad lelaki negara meraih gangsa bersama Korea Selatan selepas tewas dalam aksi separuh akhir di tangan Pakistan 0-2 semalam.

Kredit: Sinar Harian