Persatuan Karate Sabah (SKA) memuji usaha daerah Tambunan yang terus berusaha membangun serta melahirkan bakat-bakat baharu sukan berkenaan di negeri itu.
"Tambunan sememangnya sebuah daerah hebat dalam melahirkan pelatih-pelatih berbakat, bukan sahaja untuk negeri Sabah tetapi juga untuk Malaysia.
"Bukti terdekat ialah kemunculan Pressy Misty Philip yang baharu berusia 18 tahun," kata Setiausaha Agung merangkap ketua jurulatih SKA, Julian Chin.
Beliau berkata, Pressy merupakan antara atlet muda yang diharap akan terus mencapai kegemilangan di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.
"Dia memenangi pingat perak dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos lalu dan akan mewakili Malaysia menyertai Kejohanan Remaja, Kadet dan 21 Tahun Ke Bawah Persekutuan Karate Dunia 2017.
"Kejohanan itu akan berlangsung di Santa Cruz De Tenerife, Sepanyol, pada 25-29 Oktober, di mana Pressy akan bertanding dalam acara kumite 68kg kategori 21 tahun ke bawah perempuan," katanya.
Sehubungan itu, Julian turut berharap daerah-daerah lain dapat menggandakan usaha menyaingi Tambunan yang sering dilihat mendominasi kejohanan-kejohanan peringkat negeri, sama ada kejohanan remaja mahupun senior dan terbuka.
"Usaha kita semua akan membantu merealisasikan azam presiden dan SKA dalam melahirkan pelatih berbakat untuk bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.
"Bagi pihak SKA, kami juga berterima kasih juga pada ibu bapa, pihak sekolah dan penaja yang telah memberi sokongan padu untuk anak-anak dan pelajar mempelajari seni mempertahankan diri
ini.
"Apa yang penting, untuk menjadi seorang atlet yang hebat, ia bukan sekadar bergantung kepada bakat tetapi kesungguhan dan ketabahan berlatih serta disiplin yang tinggi," katanya.
Terdahulu, Julian berkata seramai 70 pelatih menyertai Program Kenalpasti Bakat (TID) SKA 2017 yang diadakan di Tambunan, baru-baru ini.
TID SKA yang diadakan di seluruh daerah utama di Sabah bertujuan untuk mencungkil lebih ramai bakat untuk mewakili Sabah dan Malaysia.
Pada masa sama, ia juga merupakan peluang SKA untuk melawat dan meninjau latihan yang dijalankan oleh cawangan dan kelab-kelab naungan persatuan itu.
Willie Jude
Mon Oct 09 2017
Shaharudin akui sukar cari pengganti Sharmendran dalam waktu terdekat
Tiada pengganti buat jaguh karate negara, R. Sharmendran, tahun depan, kata bekas rakan sepasukannya, Shaharudin Jamaludin, susulan persaraan pemenang tiga pingat emas berturut-turut Sukan SEA itu.
Jangan lupa saksikan R. Sharmendran sebagai tetamu Nadi Arena esok!
Sharmendran sah tinggalkan dunia karate sebagai atlet paling berjaya dalam sukan Karate dengan rekod empat emas di temasya Sukan SEA.
R. Sharmendran sah bersara pada usia 31 tahun
R. Sharmendran sah tinggalkan dunia karate sebagai atlit paling berjaya dalam sukan Karate dengan rekod empat emas di temasya Sukan SEA.
Kecederaan tidak akan jadi punca Sharmendran tinggalkan karate
Mengharungi pembedahan lutut buat kali keenam, jaguh karate negara, R. Sharmendran masih tidak serik untuk kekal dalam dunia karate.
Karate Dunia: Arif Afifuddin bersiap hadapi penutup musim di Budapest
Pemenang emas negara dalam sukan karate, Arif Afifuddin, menganggap pencapaiannya bukan hanya sebagai satu suntikan semangat, malah kelebihan memiliki jam Huawei GT-4 turut membantu atlet ketika melakukan aktiviti kecergasan.
Sukan Asia Hangzhou: Prem Kumar kecewa gagal lepasi suku akhir
Walaupun tidak diletakkan sebarang sasaran, S. Prem Kumar tetap kecewa tidak melepasi pusingan suku akhir kategori bawah 67 kilogram Sukan Asia Hangzhou.
Sukan Asia Hangzhou: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara
Muhammad Arif Afifuddin memastikan skuad karate negara berjaya menyumbangkan satu pingat emas dalam acara kumite 84 kilogram Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
Sukan Asia Hangzhou: Karate kata berpasukan wanita cemerlang butir perak
Skuad karate negara cemerlang munyumbangkan satu lagi pingat perak dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas tewas kepada Vienam dalam penentuan pingat emas di Gimnasium Pusat Sukan Linping hari ini.
Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16
Atlet karate negara, H. Sureeya Sankar gagal meneruskan kemaraan dalam saingan kumite 60 kilogram saingan Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
Sukan Asia Hangzhou: Lovelly Ann Robbert curi perhatian karate kata individu
Lovelly Ann Robbert menghadirkan kejutan melengkapkan sasaran 27 medal Sukan Asia Hangzhou yang ditetapkan dengan merangkul pingat perak.
NBA: Washington's late free throws send Mavericks to Western Conference finals
Mavericks reach Western finals
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'
Leverkusen have no time to soak in 'Neverlusen' season - Alonso
Alonso: no time to soak in season