Gergasi rantau tengah Asia, Arab Saudi bakal membuat perhitungan menentang satu-satunya wakil dari Asia Tenggara, Indonesia dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, awal pagi esok.

Arab Saudi pastinya mahu mendapatkan rentak kemenangan setelah tewas dalam aksi antarabangsa terakhir mereka ketika menentang Jordan 1-2 pada Jun.

Manakala bagi Indonesia, layak ke pusingan ketiga telah memberikan tonik kepada mereka untuk mempamerkan aksi yang terbaik untuk perlawanan ini.

Ketika ini, Arab Saudi menduduki tangga ke 56 dunia manakala Indonesia menghuni tangga ke 133 dunia dalam kedudukan ranking FIFA.

Berikut merupakan maklumat mengenai perlawanan tersebut:

Arab Saudi vs Indonesia: Info Siaran Langsung & Live Streaming

Masa & Tarikh: Jumaat, 6 September 2024 (2:00 pagi)
Saluran: Astro Arena Bola 2 804, Astro GO & sooka
Venue: King Abdullah Sports City