Siapakah yang akan memenangi jawatan presiden KLFA?

Najmi Iman
September 27, 2024 13:07 MYT
Keputusan pengumuman pencalonan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, harini bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan dua nama besar.
Bersempena Kongres KLFA kali ke-35, dua pencalonan telah disahkan membabitkan jawatan tertinggi badan induk itu bagi menerajui badan kempimpinan skuad bola sepak Warga Kota bagi penggal seterusnya.
Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Pengarah Kuala Lumpur United Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Syed Omar, bakal menentang bekas Ahli Parlimen Kapar merangkap Pemangku Presiden KLFA ketika ini, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, sebagai dua calon yang terpilih bagi merebut posisi kerusi panas tersebut.

Pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bakal menyaksikan pertembungan 2 penjuru di antara Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid & Syed Yazid Syed Omar. Bagi jawatan Timbalan Presiden, Dato' Afdlin Shauki antara yang tersenarai sebagai calon.@ASTROARENA

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) September 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selebriti terkenal, Datuk Afdlin Shauki, pula tersenarai sebagai calon bagi menjawat jawatan timbalan presiden.
Kongres ke-35 KLFA dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober depan.
#bola sepak #Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid #Kongres ke-35 KLFA #Syed Yazid Syed Syed Omar