Serie A: Selepas empat tahun, Genoa destinasi baru Mario Balotelli
Saufi Tahir
October 29, 2024 11:00 MYT
October 29, 2024 11:00 MYT
Mario Balotelli melengkapkan kepulangannya ke saingan Serie A selepas empat tahun dengan dia meninggalkan kelab lama, Brescia, untuk memperkuatkan Genoa dengan perpindahan secara percuma.
Pemain berusia 34 tahun itu telah menjaringkan 52 gol dalam 141 penampilannya dalama Serie A.
Balotelli menyertai Genoa yang sedang bergelut dalam saingan liga dengan kini berada di kelompokj tiga tercorot apabila hanya mengumpul enam mata selepas sembilan perlawanan pertama mereka musim ini.
✨ Shining in his new shirt ?? pic.twitter.com/M9DQZ4tiHT
— Genoa CFC (@GenoaCFC) October 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, skuad kendalian Alberto Gilardino hanya menjaringkan tujuh gol musim ini.
"Saya berasa bersemangat. Saya tidak mahu bercakap banyak. Saya hanya mahu bermula semula dan akan berikan segala-galanya," katanya kepada peminat.
First steps in ?? pic.twitter.com/e7l5LcZLnF
— Genoa CFC (@GenoaCFC) October 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Genoa menjadi kelab Serie A keempat buat bekas pemain Liverpool itu dan dia berharap dapat membantu Genoa kekal dalam liga divisyen utama Itali itu.
Dia dijangkakan akan membuat penampilan sulungnya untuk kelab barunya itu pada Khamis ini dengan Fiorentina akan menjadi cabaran utamanya.