Serie A: Lukaku lengkapkan perpindahan ke Napoli

Ammar Hakim
August 30, 2024 08:14 MYT
Romelu Lukaku menamatkan tempoh kedua bersama Chelsea dengan perpindahan menyertai Napoli, perkara itu telah disahkan semalam.
Lukaku, yang menikmati musim lalu dipinjamkan ke Roma, telah menandatangani tiga tahun kontrak dengan yuran perpindahan bernilai GBP38 juta, kembali bergandingan bersama bekas jurulatih Inter, Antonio Conte.
Pemain kebangsaan Belgium itu menjaringkan 15 gol dalam 44 penampilan selepas kembali ke Stamford Bridge pada 2021.
24 gol Lukaku dalam saingan Serie A membantu Conte memenangi gelaran ke-19 Inter pada musim 2020-21, namun selepas kembali ke Stamford Bridge, di menemui dirinya gagal mengulangi pencapainnya pada musim pertama.
Dia kemudian kembali ke Inter secara pinjaman sebelum ke Roma musim lalu, menjaringkan 21 gol dalam 47 penampilan.

Romelu is proud to be one of us! ? #ProudToBeNapoli | #ForzaNapoliSempre | #WelcomeLukaku pic.twitter.com/Z4R4x4LVkz

— Official SSC Napoli (@sscnapoli) August 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chelsea #Antonio Conte #Napoli #Romelu Lukaku #Inter