SALERNITANA 0 INTER MILAN 4

Lautaro Martinez masuk daripada bangku simpanan sebelum menjaringkan kesemua gol Inter Milan ketika menewaskan Salernitana 4-0 dalam perlawanan Serie A di Salerno awal pagi tadi.

Inter, yang berdepan kekalahan pertama musim ini selepas tewas kepada Sassuolo di laman sendiri pada pertengahan minggu ini, pada awalnya kelihatan bergelut untuk menumbangkan Salrnitana, yang tidak pernah menang dalam enam perlawanan terakhir.

Kemasukan Martinez pada minit ke-55 menjadi kunci kepada perubahan aksi Inter dan dia memecahkan kebuntuan itu selepas lima minit dimasukkan.

Dia kemudian menjaringkan gol keduanya pada minit ke-77 sebelum melengkapkan hatrik selepas 23 minit beraksi dan gol keempat yang dihasilkan penyerang Argentina itu pada penghujung permainan menyaksikan dia mengumpulkan lapan gol dalam Serie A setakat ini untuk Inter kembali memintas seteru setempat, AC Milan -- yang menewaskan Lazio dalam satu lagi perlawanan -- di tangga teratas.