Separuh masa Piala FA: Terengganu kian hampiri separuh akhir, Sabah makin parah

Muzaffar Musa
July 6, 2024 20:04 MYT
Terengganu kian menghampiri separuh akhir Piala FA apabila mendahului Sabah 2-0 menjelang separuh masa perlawanan suku akhir kedua di Likas ketika ini.
Berbekalkan kelebihan agregat 4-0 daripada perlawanan pertama di Kuala Terengganu, tiada sebarang petanda skuad Peteh itu akan mengendurkan asakan dalam pertemuan kali ini.
Ketua pasukan, Safawi Rasid, membuka jaringan buat Sang Penyu seawal minit ke-10 sebelum seorang lagi pemain sayap, Akhyar Rashid, menggandakan kelebihan itu menerusi larian pantasnya dari sebelah kanan suntuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-42.
#bola sepak #Piala FA #Terengganu FC #Sabah FC