UZBEKISTAN 1 MALAYSIA 0

Uzbekistan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti dalam saingan Piala Asia B-23.

Skuad Juan Torres Garrido, terlebih dahulu mempunyai peluang keemasan hasil dari serangan balas dari bahagian kanan yang hampir disudahkan oleh penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Di sebalik mempamerkan permulaan yang kelihatan cerah, Malaysia terpaksa berdepan hukuman ketinggalan apabila kegagalan untuk mengeluarkan bola daripada zon bahaya hingga memaksa pemain tengah, Syahir Bashah melakukan kesilapan membentes pemain lawan dalam kotak penalti.

Jasurbek Jaloliddinov bertindak sebagai penjaring gol pembukaan Uzbekistan pada minit ke-11.

Kelebihan tersebut memberikan rentak yang terbaik buat lawan terus melancarkan serangan namun tiada jaringan tambahan terhasil sehingga menuju bilik persalinan.