Separuh masa Liga Super: Sabah dahului Negeri Sembilan di Likas
Muzaffar Musa
July 25, 2024 21:10 MYT
July 25, 2024 21:10 MYT
Sabah mendahului Negeri Sembilan 1-0 menjelang separuh masa aksi Liga Super di Stadium Likas ketika ini.
Gol tunggal pemain kebangsaan, Daniel Ting, pada minit ke-14 memastikan The Rhinos membawa bekalan satu gol menjelang babak kedua.
Ia menjadi tonik terbaik buat pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu dalam usaha untuk mengembalikan rentak kemenangan selepas tewas tiga perlawanan terakhir.