Separuh masa ACLE: 2 kad merah hiasi pertembungan JDT-Buriram United

Najmi Iman
December 3, 2024 20:49 MYT
Seawal minit ke-10, Johor Darul Ta'zim (JDT) diuji dengan situasi mencabar apabila Murilo Santos dilayangkan kad merah selepas mengasari pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools.
Sehubungan itu, Harimau Selatan terpaksa bermain 10 orang dan sedikit merencatkan permainan berdepan Buriram United dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, ketika ini.
Untuk rekod, ini merupakan kad merah pertama diberikan kepada pemain JDT di tempat sendiri.

JDT main 10 orang, Murillo dilayangkan kad merah. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/VJIrbOJkxK

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Drama berterusan pada minit ke-46 di mana giliran ketua pasukan, Theerathon Bunmathon, pula dihantar keluar selepas melakukan tindakan kurang bijak kepada Arif Aiman Hanapi.

Giliran Buriram United main 10 orang, kapten Theerathon Bunmathan dilayangkan kad merah gara-gara... ??@ASTROARENA pic.twitter.com/QbNhUtGrvG

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan masih terikat 0-0 menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio terpaksa menerima tentangan tanpa henti oleh pasukan pelawat selepas melepaskan beberapa percubaan berbahaya kepada Andoni Zubiaurre.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #Buriram United #ACLE #Liga Juara-Juara Asia Elit
;