Sepang 1000km: Masalah teknikal hampir lima jam padam hasrat Toyota Gazoo Racing Malaysia buru podium

Saufi Tahir
November 24, 2024 19:08 MYT
Hasrat untuk mengulangi misi meraih podium 2024 terkubur buat pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia apabila sekadar menghuni kedudukan ke-7 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
Isu teknikal yang memakan masa hampir lima jam meminimumkan segala perancangan mereka ke arah sasaran podium.
Bagi Mitchell Cheah, situasi teknikal yang berlaku adalah di luar kawalan dan ini menjadi pengajaran terbaik buat pasukan itu bagi mengharungi saingan akan datang.
"Malangnya semasa pit stop kita hadapi masalah teknikal kerana kereta tidak dapat hidup kerana masalah penghidup elektrik pada kereta dan terpaksa perbaiki dahulu.
"Dari segi semangat kita siapkan kereta dan keluar dalam 22 pusingan terakhir untuk tamatkan perlumbaan," katanya.
Ucapan terima kasih juga tidak cukup untuk Naquib Azlan membalas jasa baik pasukannya yang telah berhempas pulas.
Naquib turut menjelaskan Program Rookie yang disertainya bersama Toyota Gazoo sejak 2021 banyak membantu kariernya menjadi pelumba terbaik.
"Saya rasa strategi kita berfungsi dengan baik selama setengah perlumbaan, daripada kedudukan nombor lima dan menghampiri di kedudukan kedua tetapi perkara di luar kawalan terjadi.
"Apa yang menginspirasikan adalah pasukan bawa barangan daripada Balakong ke sini untuk memperbaiki kereta. Ia adalah semangat berpasukan yang indah." tambah Naquib Azlan.
#Malaysia #Racing #Toyota #Gazoo #Sepang 1000km', Permotoran,
;