Juara empat kali Kejohanan Seluruh England, Datuk Lee Chong Wei, tidak berasa terkejut dengan kejayaan Lee Zii Jia mengikut jejaknya mengungguli kejohanan itu.
Jelasnya, penerus legasinya itu mempunyai satu eleman khas apabila dapat mempamerkan prestasi sebenarnya dan Chong Wei sedari awal sudah menyedari perkara itu.
Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, legenda badminton dunia itu berkata: "Tidak mengejutkan kerana setiap pemain memang ada naik-turunnya.
"Dia pernah berkata kepada saya bahawa dia tidak dapat keyakinan dan kepalanya kosong dan ia merupakan sesuatu yang luar biasa tetapi bagi saya, setiap pemain memang akan memperoleh keyakinan apabila memenangi satu kejohanan besar.
"Apa yang lebih penting, dia sudah mendapatkan keyakinannya selepas menewaskan (pemain nombor satu dunia, Kento) Momota, jadi saya fikir ia merupakan satu permulaan yang baik buat Zii Jia," katanya.
Mengulas mengenai tekanan yang akan dihadapi Zii Jia selepas ini, Chong Wei menambah: "Sekarang memang orang akan lebih fokus kepadanya kerana ia satu pencapaian yang luar biasa dan sudah memenangi Seluruh England.
"Tapi dia perlu berkerja lebih keras lagi dan yakin dengan permainan sendiri.
"Kini dia sudah tahu cara menyerang dan mendapatkan banyak mata, jadi selepas ini dia perlu lebih yakin dengan cara permainannya sendiri.
"Kerana anda dapat lihat dalam Terbuka Thailand, dia tidak tahu sama ada mahu main menyerang atau perlahan, dia tidak yakin dengan diri sendiri.
"Saya sudah katakan kepada dia bahawa kejohanan ini adalah untuk dia bangkit, jadi ia satu permulaan yang baik buatnya sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan yang akan datang," katanya lagi.
Muzaffar Musa
Mon Mar 22 2021
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Bekas pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai baru-baru ini.
Orang ingat saya gila -- Lee Chong Wei pernah main badminton dengan dinding
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mendedahkan bahawa dia pernah dianggap gila oleh jirannya kerana bermain badminton dengan dinding.
Lee Chong Wei kembali bertembung dengan Lin Dan di Kuala Lumpur
Lee Chong Wei akan kembali bertembung dengan seteru utamanya, Lin Dan, di Kuala Lumpur minggu depan.
Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei
Victor Axelsen mempertahankan gelarannya dalam acara perseorangan lelaki Final Jelajah Dunia BWF dengan menewaskan Shi Yu Qi 21-11, 21-12 di Hangzhou semalam.
Badminton Sukan Asia Hangzhou: Pemain sudah buat yang terbaik, perlu belajar dari kegagalan -- Chong Wei
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberi pujian buat kesemua pemain badminton negara yang telah berusaha sebaiknya dalam Sukan Asia Hangzhou 2022.
Chong Wei kesal dakwaan Tat Meng, Zii Jia
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, kesal dengan tindakan pasukan Lee Zii Jia termasuk jurulatihnya, Wong Tat Meng, yang mendakwa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuli pemain profesional.
Chong Wei akui terguris kemelut melanda BAM-Misbun
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengakui terguris dengan kemelut yang melanda bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
Zii Jia perlu lebih masa bawah bimbingan Tat Meng, kata Chong Wei
Lee Chong Wei menggesa penyokong untuk bersabar dan memberikan lebih masa untuk Lee Zii Jia menyesuaikan diri dengan jurulatih baru, Wong Tat Meng.
Lee Chong Wei sambut kelahiran anak lelaki ketiga
Legenda Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei, selamat menyambut kelahiran anak lelaki ketiga bersama pasangannya, Datin Wong Mew Choo, hari ini.
Badminton Dunia BWF: Itu pilihan Lee Zii Jia, kata Lee Chong Wei
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, menganggap keputusan Lee Zii Jia untuk menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham bagi menumpukan kepada Kejohanan Badminton Dunia BWF sebagai sesuatu yang silap dan merugikan.
I don’t expect political statements from Germany team -Thomas Hitzlsperger
Germany’s team photo covering their mouths at the Qatar World Cup came in for criticism.
Feyenoord coach Arne Slot in contention to replace Jurgen Klopp at Liverpool
Slot guided the Dutch club to their first title in six years last season.
Fraser Brown ‘hugely proud’ of Scotland career as he announces rugby retirement
The 34-year-old Glasgow hooker won 61 Scotland caps.
Gian Piero Gasperini talks up Atalanta’s ‘extraordinary’ season
Atalanta have not won the Coppa Italia since 1963.
Unai Emery extends Aston Villa contract
Erik Ten Hag says reaction to Manchester United’s FA Cup win was ’embarrassing’
The club have faced criticism after letting a 3-0 lead slip against second-tier Coventry at Wembley.
PGMOL to allow Nottingham Forest to hear VAR audio of rejected penalty claims
Forest demanded the audio be published.
A closer look at the hot streak of world number one Scottie Scheffler
Championship run-in: Where the top four stand in race for automatic promotion
Stuart Attwell named in VAR team for Euro 2024 amid Forest controversy
The news comes two days on from Attwell’s officiating being criticised by Forest after their loss at Everton.