Selepas lebih empat tahun tidak digunakan, ini keadaan terkini Stadium Shah Alam sebelum dirobohkan

Muzaffar Musa
July 2, 2024 14:23 MYT
Stadium Shah Alam, yang dahulunya megah berdiri sebagai 'rumah' pasukan Selangor, kini sedang dalam proses untuk dirobohkan.
Selepas lebih empat tahun tidak digunakan, beberapa pengguna laman sosial kini berkongsi keadaan terkini stadium itu yang akan dikenang sebagai satu memori terakhir, khususnya buat peminat Merah Kuning.
Kali terakhir Selangor menggunakan Stadium Shah Alam ialah pada Februari 2020 sebelum berpindah ke Stadium Petaling Jaya.
Bangunan ikonik itu dirobohkan bagi memberikan ruang buat pembangunan Kompleks Sukan Stadium Shah Alam yang dijangka siap pada 2026.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Stadium Shah Alam #Selangor FC