Selepas empat bulan, Azizulhasni akhirnya dapat peluk kesemua puterinya

Muzaffar Musa
August 15, 2024 12:45 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, hari ini berkongsikan sepotong video pertemuannya dengan keempat-empat puterinya.
Azizulhasni kembali ke Melbourne, Australia, selepas empat bulan meninggalkan keluarganya demi mempersiapkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam video berkenaan, anak-anaknya kelihatan amat merindui kelibat Olimpian lima kali negara itu sehingga mengalirkan air mata.
"Why you cry?" tanya Azizulhasni.
"I miss you," jawab salah seorang anak perempuannya.
Video:
#Azizulhasni Awang #Berbasikal trek