Nakhonpathom United menjadi destinasi terbaru pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Fergus Tierney, bagi mengharungi baki musim Thai League 1.

Selepas 15 perlawanan, pasukan tersebut menghuni tangga kedua tercorot liga sambin mengumpul sembilan mata termasuk mencatatkan dua kemenangan, tiga seri dan 10 kekalahan.

Pemain berusia 21 tahun itu dikhabarkan ditamatkan kontrak oleh kelab Thai League 2, Chonburi, disebabkan memilih untuk mewakili Harimau Malaya dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, sebelum ini.

A post shared by NPTUTD Official (@nakhonpathom_united)



Dengan pengumuman rasmi yang dibuat oleh Nakhonpathom United, ini membuatkannya kekal di Thailand sebagai pemain import kepada pasukan itu.