SELANGOR 4 YOUNG ELEPHANTS 0

Selangor muncul juara kejohanan empat penjuru, Selangor Kusel Asia Challenge (SAC) 2024, apabila meraih pungutan mata paling banyak selepas mengumpul sebanyak 14 mata hasil kemenangan mengalahkan Young Elephants dan DPMM, di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.

Pemain sayap import terbaru, Alvin Fortes mempamerkan persembahan yang cukup sensasi apabila terus mencipta nama sebagai penjaring sekali gus mengutip jaringan ketiga peribadi dalam SAC edisi kali ini.

Berselang beberapa minit kemudian, giliran ketua pasukan, Safuwan Baharudin pula menghadiahkan gol buat penyokong The Red Giants menerusi tandukan padu mengalahkan penjaga gol Young Elephants, Anoulak Vilaphonh untuk Selangor mendahului selesa dengan jaringan 2-0.

Separuh masa kedua permainan menyaksikan penyerang lincah, Muhammad Faisal bin Abdul Halim mudah memberi tekanan kepada anak buah Phoutpasong Sengdalavong dengan rembatan deras menembusi gawang pihak lawan sebelum pemain kebangsaan bawah 23 tahun, Muhamad Syahir bin Bashah menoktahkan kemenangan buat pasukan gergasi Liga Super itu.