Selangor International Junior Golf Championship 2025: Pemain negara pamer sinar
Ammar Hakim
January 16, 2025 19:32 MYT
January 16, 2025 19:32 MYT
Hari pertama saingan Selangor International Junior Golf Championship 2025 memperlihatkan nasib berbeza dilalui kem negara.
Pemain lelaki paling menyerlah negara berada dalam kelompok terbaik pada lapan lubang pertama menerusi aksi terpuji Ianson Yeo dan Kang Geon.
Namun, selepas saingan selama empat jam, permainan menuju baki lima lubang terakhir, taruhan terbaik negara semakin terpisah daripada Jung Ji-won dari Korea Selatan yang menamatkan hari pertama selaku pendahulu dengan keputusan 67 pukulan, lima di bawah par.
Dalam saingan berpasukan lelaki, dua prospek utama negara beraksi di tahap kemampuan sebenar.
Kontijen negara yang diwakili trio berbisa Anson Yeo, Nathan Wong dan Andrew Yap berjaya memintas kedudukan dengan mengekalkan kualiti dan kesempurnaan pukulan sehingga tamat 18 lubang.
Satu lagi wakil negara dari Universiti Utara Malaysia International School Melaka (UUMISM) A turut menyerlahkan potensi untuk mengejar mahkota kejuaraan apabila menamatkan saingan dengan 71 pukulan, satu di bawah par -- disusuli keputusan 73 pukulan, satu di atas par dan melengkapkan markah keseluruhan mereka, 75 pukulan, tiga di atas par untuk berada di kedudukan ketiga terbaik, hanya dipisahkan satu pukulan mengekori Filipina.