Selamat maju jaya jurulatih baru Harimau Malaya -- Hannah Yeoh
Saufi Tahir
December 17, 2024 19:11 MYT
December 17, 2024 19:11 MYT
Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Hannah Yeoh, meluahkan rasa teruja dengan pelantikan ketua jurulatih baru Harimau Malaya, Peter Cklamovski, yang akan menggantikan slot ditinggalkan Kim Pan-gon sejak Julai lalu.
Hannah percaya kehadiran jurulatih dari Australia itu mampu memperkemaskan nilai kualiti pasukan kebangsaan untuk mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027 sekaligus memperbaiki ranking dunia berada dalam kelompok 100 terbaik.
Bekas pengendali Tokyo itu akan meneruskan legasi kecemerlangan yang dicorakkan oleh Pan-gon untuk memastikan kepimpinan berkaliber diterapkan dalam skuad kebangsaan.
Siaran Media: FAM Umum Nama Dua Teraju Utama Struktur Organisasi Baharu Harimau Malaya ▶️ Baca penuh siaran media ini di https://t.co/0rYbrgJxcY#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/ryAUdbzMPP
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sebenarnya FAM mempunyai jawatankuasa dan pemilihan jurulatih ini diteliti oleh FAM. Saya yakin jurulatih yang telah mereka pilih telah melalui proses perbincangan dan temuduga.
"Saya ucapkan selamat maju jaya kepada jurulatih baru dan terima kasih kepada jurulatih lama kerana telah banyak membantu Harimau Malaya," katanya.
Hannah ditemui di perasmian gelanggang bola keranjang Taman Jinjang Baru, Kepong menerusi dana peruntukan RM1 juta yang dikeluarkan KBS untuk projek menaiktaraf kemudahan di setiap negeri.
Projek itu memerlukan kos berjumlah RM499.000 ribu yang merangkumi penambah-baikan bumbung, tiang dan permukaan gelanggang baru serta laluan trek di sekeliling gelanggang.
"Ini merupakan bajet daripada tahun 2023. Penduduk Wilayah Persekutuan padat walaupun tempat kecil. Bila gunakan fasiliti ia memerlukan dana yang banyak kerana terlalu kerap digunakan." tambahnya.