Scottie Scheffler ikut jejak langkah Tiger Woods

Kamal Nizam
June 10, 2024 14:43 MYT
Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler, raih kejuaraan Jelajah PGA kelima tahun ini selepas menundukkan Collin Morikawa dengan kelebihan satu pukulan secara keseluruhan di Memorial Tournament.
Perkara itu sekaligus menjadikan Scheffler pemain kedua yang menjuarai Players Championship, Masters Dan Memorial dalam tahun yang sama selepas pertama kali dilakukan Tiger Woods.
Pada awal pusingan keempat, Scheffler terlebih dahulu gelisah apabila Morikawa merapatkan kedudukan selepas lawannya itu berjaya membuat birdie di lubang kedua.
Namun Scheffler berjaya bangkit untuk memimpin permainan selepas berhasil membuat birdie di lubang keenam dan konsisten untuk mendapatkan par hingga pusingan itu berakhir.
Dia akhiri pusingan empat dengan 74 pukulan sekaligus menutup The Memorial Tournaments dengan 280 pukulan secara keseluruhan berbanding Morikawa yang membuat 281 Pukulan.

“That’s your daddy, he’s so proud of you” Scottie Scheffler gets his first win as a dad! What a moment… Scheffler gets the handshake from Jack and then celebrates with family. pic.twitter.com/bARid0YZBS

— Adam King (@AdamKing10TV) June 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak buat dengan baik secara keseluruhan (di pusingan empat), tetapi ia cukup untuk saya habiskan (Memorial Tournament).
"Lapangan Golf Muirfield Village sangat sukar, lubang 16, 17 dan 18 sangat mencabar.
"Tetapi ia permainan yang sangat menyeronokkan, saya suka apabila tahap kesukaran meningkat," kata Scottie Scheffler.
#Tiger Woods #Golf #PGA Tour #Scottie Scheffler
;