"Saya sudah berdepan Messi, saya tidak perlu takut kepada Jepun" -- Penjaga gol Indonesia
Ammar Hakim
November 14, 2024 17:48 MYT
November 14, 2024 17:48 MYT
Penjaga gol utama skuad Indonesia, Maarten Paes, berkata dia tidak terkesan dengan kemampuan Jepun menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 esok, mendedahkan pengalaman berdepan pemain bertaraf bintang seperti Lionel Messi sebagai bukti.
Jepun, yang merupakan pasukan terbaik Asia dan kelima dunia, mendominasi sejak pusingan kedua saingan kelayakan, merekodkan sembilan kemenangan daripada 10 perlawanan dengan menghasilkan 39 gol dan bolos satu.
Pasukan mereka dibarisi pemain berbakat yang berkelanan di Eropah, termasuk, Kaoru Mitoma (Brighton), Takefusa Kubo (Real Sociedad) dan Takumi Minamino (Monaco). Jepun juga merupakan pasukan 115 di atas Indonesi dalam kedudukan ranking FIFA.
Bagaimanapun, Paes kekal tenang dan yakin, hasil pengalaman bermain berdepan penyerang dalam saingan Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat.
??? Maarten Paes denies Messi. pic.twitter.com/6uz8GdS3ND
— Major League Soccer (@MLS) January 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak takut Jepun. Saya sudah berdepan Messi," kata Paes.
"Ini adalah tugas saya dan saya akan bersedia seperti biasa."
Sejak Messi menyertai Inter Miami pada Julai 2023, Paes telah bertemu bintang Argentina itu dua kali. Tewas dalam aksi Piala Liga sebelum berjaya membantu FC Dallas berjaya tidak dibolosi ketika mengatasi Miami 1-0.
Indonesia tewas 0-2 kepada Argentina dalam aksi persahabatan pada Jun 2023 namun Messi tidak bermain dalam perlawanan tersebut.