Saya mahu cuba sepak takraw -- Mikel Arteta

Najmi Iman
June 17, 2024 22:16 MYT
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, memberikan reaksi menarik terhadap sukan Sepak Takraw yang mendapat sambutan menggalakkan di Malaysia.
Pengendali berusia 42 tahun itu terkedu dengan teknik yang ditunjukkan oleh atlet sepak takraw negara selain menunjukkan rasa kagum terhadap kebolehan yang dipamerkan oleh pemain negara.
Menerusi sesi temu bual bersama wartawan Stadium Astro, Adam Carruthers, Arteta berhasrat untuk mencuba sukan tersebut jika diberi peluang kerana terpegun melihat gaya permainan yang istimewa itu.
"Sudah pasti saya ingin mencuba permainan ini suatu hari nanti kerana ia aksi yang unik dan memerlukan kemahiran yang luar biasa," katanya.
#bola sepak #Arsenal #Sepak Takraw #Mikel Arteta