Sehari selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, tampil menjelaskan mengenai spekulasi yang mengaitkannya untuk bergerak secara profesional.
Juara Kejohanan Seluruh England 2021 itu tidak lagi berselindung mengenai kemungkinan perkara itu akan berlaku, di mana perbincangan peringkat awal sudahpun bermula.
Bagaimanapun, pemain nombor tujuh dunia itu menegaskan bahawa dia masih di bawah naungan BAM dan hanya menunggu keputusan daripada badan induk itu.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, dia berkata: "Apa yang saya boleh cakap, saya bukan berada di tempat untuk memberikan komen mengenai perkara ini.
"Jika ada sebarang pengumuman, saya rasa BAM yang akan mengumumkannya.
"Jadi, sebagai pemain, apa yang saya mahukan adalah berlatih, beraksi baik, mendapatkan keputusan yang baik dan membuat negara saya bangga. Itu sahaja yang saya fikirkan.
"Jika saya seorang budak yang amat memberontak, anda tidak akan dapat melihat saya di gelanggang latihan ini hari ini.
"Hanya itulah yang boleh saya katakan, yang lain saya tiada komen.
"BAM akan melakukan pengumuman jika ada yang perlu diumumkan," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.
Dicanang sebagai pengganti Datuk Lee Chong Wei -- yang setia bersama BAM sehingga hari persaraannya -- Zii Jia berharap dia tidak lagi dibanding-bandingkan dengan legenda badminton negara itu.
"Yang pertama, saya bukan Datuk Lee Chong Wei. Apa yang dia capai dan apa yang dia ada amat berbeza dengan saya.
"Jadi, saya tidak boleh katakan yang saya mahu perkara seperti ini," katanya lagi.
Muzaffar Musa
Tue Jan 18 2022
Mampukah 'mimpi indah' julang Piala Thomas '92 berulang?
Kemanisan menjulang Piala Thomas 1998 merupakan suatu detik terindah pernah dilakar pemain badminton kebangsaan.
Legenda badminton dunia berkumpul di menara Eiffel
Legenda Badminton negara, Lee Chong Wei, memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda yang menampilkan bekas pemain terbaik dunia dalam sukan itu seperti Lin Dan, Taufik Hidayat dan Peter Gade, baru-baru ini.
BAM pilih berahsia nilai ganjaran juara Piala Thomas
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, memilih untuk berahsia mengenai jumlah sebenar ganjaran yang dijanjikan kepada pemain negara seandainya dapat membawa pulang Piala Thomas ke bumi Malaysia.
Piala Thomas: Kami pikul bersama tanggungjawab besar nama Malaysia ke Chengdu -- Soh Wooi Yik
Kapten skuad badminton Piala Thomas, Soh Wooi Yik selesa andai tanggungjawab memikul tugasan penting di Chengdu digalas bersama dua rakan sepasukan, Aaron Chia dan Lee Zii Jia.
Badminton Masters Malaysia tarik perhatian barisan elit dunia
Kejohanan Badminton Masters Malaysia menggamit pemain utama dunia -- tiga bulan menuju Sukan Olimpik Paris.
Badminton Para Antarabangsa Sepanyol: Cheah Liek Hou cemerlang rangkul emas berganda
Jaguh badminton perseorangan para negara, Cheah Liek Hou, 36, memenangi pingat emas berganda dalam Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2 di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol, malam tadi.
Info sidang media BAM menjelang Masters Malaysia
Ikuti pengumuman penting Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Menjelang Saingan Masters Malaysia 2024 pada jam 11 pagi ini.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Bekas pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai baru-baru ini.
Piala Thomas: Malaysia turun dengan status 'Underdog'
Kehilangan sosok penting seperti Ng Tze Yong dalam skuad Piala Thomas tidak begitu mengganggu persiapan pasukan negara berdepan misi penting di Chengdu, China yang akan membuka tirainya pada 27 April ini.
Piala Thomas: Tze Yong sah digugurkan
Persoalan mengenai pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, akhirnya terjawab apabila Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mengesahkan bahawa dia telah digugurkan akibat kecederaan yang sedang membelenggu dirinya ketika ini.
Gallagher insists Chelsea players are fighting for the shirt after Arsenal collapse
Chelsea's European hopes took another blow on Tuesday, but Conor Gallagher says their struggles are not the result of a lack of effort.
Haliburton says younger brother was racially abused at Game 1 of Pacers-Bucks series
Tyrese Haliburton has addressed an incident involving his younger brother, which took place during Game 1 between the Pacers and Bucks.
Harry Maguire accepts big changes 'rightly' coming at Man Utd
Manchester United's new minority shareholder Jim Ratcliffe faces plenty of big decisions at the end of the season.
Rudy Gobert says nobody wants to face Timberwolves defense
Rudy Gobert has been nominated for the NBA's Defensive Player of the Year award for 2023-24, alongside Bam Adebayo and Victor Wembanyama.
'When we are bad, we are so bad' – Pochettino slams inconsistent Chelsea after Arsenal rout
'We are so bad' – Pochettino
Thomas Cup: Former national shuttlers will plot to steer Hong Kong to Malaysia upset
When Malaysia open their Thomas Cup Group D campaign against Hong Kong this Saturday, the contingent will be up not just against the shuttlers, but also two Malaysian coaches in their setup.
NBA: Mavericks, Pacers even series; Timberwolves take 2-0 lead
Mavericks, Pacers even series
Title-chasing PSG ready for tough game at Lorient, says boss Luis Enrique
Luis Enrique eyes Ligue 1 prize