Sama-sama ada ilmu, kini pilih jalan lebih 'gentlemen'


June 12, 2024 19:51 MYT
Sama-sama ada ilmu, kini pilih jalan lebih 'gentlemen' -- Baru-baru ini tular satu video berdurasi 1 minit 48 saat menunjukkan seorang lelaki India bergaduh dengan seorang lelaki cina yang merupakan ‘tauke’ kepada kedai runcit itu di Pulau Pinang.
Difahamkan ketika bergaduh, tauke terbabit berkali-kali mengingatkan lelaki India itu dan rakannya bahawa pertarungan mereka kekal satu lawan satu atau secara ‘gentlemen’.
Namun pada babak akhir pergaduhan, lelaki India berkenaan bertindak menghentak kepala tauke kedai menggunakan helmet sebelum dirinya sekali lagi ditumbangkan.
Umum mengetahui, 'tauke' yang dikenali Wu Yerong, dia mula mempelajari seni mempertahankan diri di Korea sejak usia 17 tahun.
Manakala lelaki India itu turut memuat naik video yang menyatakan dia merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam sukan karate.
Dan yang terbaru, susulan insiden 'panas' melibatkan dua pengamal seni mempertahankan diri, mereka kini sudah pun berdamai.
Ternyata, ia bukanlah satu tauladan yang harus dicontohi, namun perpaduan mampu tercipta menerusi sukan.
#MMA #Malaysia #karate #Taekwondo