Sam Woods jadi 'caddie' kepada ayahnya, Tiger Woods buat kali pertama

Daeng Dhadyry Dahasry
December 17, 2023 02:18 MYT
Tiger dan Charlie Woods beraksi dalam pusingan pembukaan Kejohanan PNC pada Sabtu di Kelab Golf Ritz-Carlton di Orlando, Florida. Ini adalah tahun keempat berturut-turut Pasukan Woods menyertainya dalam kejohanan sebanyak 36 lubang, ibu bapa-anak ini.
Walaupun kerjaya Woods pernah ditakrifkan persembahannya pada bulan Mac, April, Jun dan Julai, tetapi Disember telah menjadi bulan Tiger. PNC datang beberapa minggu selepas Cabaran Dunia Hero, yang disertai Woods beberapa minggu lalu. Hero adalah kejohanan pertamanya sejak menjalani pembedahan buku lali selepas Masters tahun ini.

Just Tiger being Tiger ? @TigerWoods | @PNCChampionship pic.twitter.com/GRBdeHIy55

— PGA TOUR (@PGATOUR) December 17, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi Pasukan Woods, 'putting' merupakan masalah utama yang menghalang mereka daripada melakar catatan lebih rendah pada hari Sabtu. 8 di bawah par, 64 mereka menyaksikan mereka kini terikat di kedudukan 11 selepas pusingan pertama.

Team Woods needs to work on their putting ? pic.twitter.com/gApFp6vsaJ

— PGA TOUR (@PGATOUR) December 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka ketinggalan tujuh pukulan di belakang pendahulu, Matt Kuchar dan anaknya, Cameron, dan empat pukulan di belakang empat pasukan yang terikat di tempat kedua: Langer, Singh, Goosen dan Duval. Tiga pemain yang terakhir itu adalah pesaing terdekat Tiger semasa tahun kemuncak prestasinya.
Turut mencuri tumpuan adalah Sam Woods, anak perempuan Tiger yang menjadi 'caddie' kepada ayahnya buat kali pertama di Kejohanan PNC.

Wholesome ❤️ @TigerWoods' daughter Sam made her caddie debut today @PNCChampionship. pic.twitter.com/oNXISZbG1S

— PGA TOUR (@PGATOUR) December 17, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Golf #Tiger #Woods