Selangor hari ini menyenaraikan empat pemain yang perlu diberikan tumpuan dalam Kejohanan Selangor Asia Chellenge (SAC) 2024 di Stadium Petaling Jaya pada 26 dan 28 April ini.

The Red Giants akan melayani tandangan tiga pasukan Asia Tenggara, iaitu DPMM FC dari Brunei, Balestier Khalsa FC dari Singapura dan Young Elephants FC dari Laos dalam kejohanan empat penjuru itu

Mengetuai senarai berkenaan ialah pemain tengah yang membawa Jordan ke final Piala Asia 2024, Noor Al-Rawabdeh, yang akan memperkuatkan Selangor.

Turut berada dalam senarai itu ialah perancang berpengalaman dari Slovenia, Alen Kozar (Balestier Khalsa), dan penyerang muda Brunei, Hakeme Yazid Said (DPMM FC), selain pemain berusia 24 tahun dari Laos, Kydavone Souvanny (Young Elephants).