Bekas ketua pasukan Manchester United, Roy Keane, membandingkan Erling Haaland sebagai 'pemain Liga Dua' berikutan keputusan seri tanpa jaringan di antara Manchester City dan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

City yang gagal untuk menjaringkan gol di halaman sendiri buat kali pertama dalam 58 perlawanan dalam semua kejohanan, ditambah dengan prestasi Haaland yang gagal untuk menambat hati Keane.

Pemain kebangsaan Norway itu mempunyai empat percubaan -- menjadikannya pemain paling banyak mencipta peluang -- tetapi tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada penjaga gol, David Raya.

"Tahap permainan yang dipamerkan oleh Haaland sangat teruk dan ia kerap berlaku", katanya kepada Sky Sports.

"Dia mempunyai kebolehan di hadapan gol, menjadikannya penyerang terbaik dunia.

"Tetapi gaya permainan yang ditunjukkan sangat teruk dan dia perlu mengubahnya.

"Menjadi seorang penyerang yang mempunyai penyudah yang tajam sangat hebat, tetapi dia perlu memikirkan cara untuk tambah baik gaya permainannya secara keseluruhan," katanya.

City yang buntu berhadapan Arsenal menjadikan perlawanan itu 0-0 tanpa jaringan sejak Mac 2022 ketika bertemu Crystal Palace.

Anak buah kendalian Pep Guardiola telah jatuh di tangga ketiga, tiga mata di belakang pendahulu liga iaitu Liverpool yang telah menang ke atas Brighton.

Haaland yang mempunyai 18 gol dalam 24 perlawanan, berharap untuk City kembali menemui rentak kemenangan menjelang perlawanan bertemu Aston Villa pada awal pagi Khamis ini.