Muzaffar Musa
Wed Mar 29 2023
Rodri menyifatkan gaya permainan Scotland seperti "sampah" ketika Sepanyol tewas 0-2 dalam pusingan kelayakan Euro 2024 di Hampden Park awal pagi tadi sambil mendakwa pasukan bimbiongan Steve Clarke itu terlalu banyak membazirkan masa.
Scott McTominay menjaringkan gol awal dalam setiap separuh masa bagi mengekalkan permulaan sempurna Scotland dalam saingan Kumpulan A.
Sepanyol pula berdepan kekalahan pertama di bawah bimbingan Luis de la Fuente sejak ketua jurulatih itu mengambil alih tempat Luis Enrique hujung tahun lalu.
Keputusan itu menyaksikan Sepanyol tewas buat kali pertama dalam pusingan kelayakan Kejohanan Eropah sejak Oktober 2014 (tewas 1-2 kepada Slovakia) dan ia juga kali pertama La Roja kalah dengan lebih dari satu gol sejak Euro 2016 (tewas 0-2 kepada Itali).
Bagaimanapun, kapten Sepanyol, Rodri, langsung tidak tertarik dengan mutu persembahan Scotland dan dia berkata kepada ViaPlay: "Ia tentang cara permainan mereka dan pada akhirnya, anda perlu menghormati mereka tetapi saya fikir ia agak sampah.
"Mereka sentiasa membazirkan masa, melakukan provokasi kepada anda, mereka sentiasa merebahkan badan.
"Bagi saya, ia bukan bola sepak. Pengadil tidak berkata apa-apa dan ia agak mengecewakan kerana kami mahu menang.
"Ia sukar kerana banyak masa dibazirkan tetapi itulah senjata mereka dan kami akan mempelajarinya untuk perlawanan yang akan datang.
"Kami mahu bersaing dan berjuang. Kami sentiasa bersaing tetapi ini bukan soal bersaing, ini soal membazirkan masa, lebih kurang empat atau lima pemain merebahkan badan ke tanah, ia situasi seperti itu.
"Pasukan kami sentiasa kuat tetapi kami perlu menggunakan senjata kami. Kami bagus dalam mengawal bola dan perlu menggerakkan bola dengan cepat.
"Hari ini, kami melakukan banyak perkara dengan bagus tetapi kami tidak menjaringkan gol," katanya.
SAC 2024: Selangor senarai empat pemain perlu diberikan tumpuan
Selangor hari ini menyenaraikan empat pemain yang perlu diberikan tumpuan dalam Kejohanan Selangor Asia Chellenge (SAC) 2024 di Stadium Petaling Jaya pada 26 dan 28 April ini.
redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Ifedayo mahu lebih tenang dengan kelab yang stabil
Pemain penyerang PDRM FC, Ifedayo Olusegun, memilih untuk tenang bersama pasukan barunya itu selepas dua tahun sebelum ini bergelut dengan isu gaji ketika bersama Melaka United dan Kedah Darul Aman FC.
redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Ketepi isu jet lag, Lazar Sajcic sedia bantu KL City
Pemain import Kuala Lumpur City FC, Lazar Sajcic, sudah memasuki tempoh dua hari di Malaysia dan dia tidak mahu terikat dengan isu 'Jet Lag' dan kepenatan memandangkan perjalanan jauh dari Lithuania menuju ke Malaysia.
Info siaran redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Pemain import baru PDRM dan KL City
Piala FA Inggeris: Jack Grealish mahu tebus kekalahan UCL lalu
Pemain sayap Manchester City, Jack Grealish, percaya bahawa perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris ialah medan terbaik untuk melupakan kekalahan di tangan Real Madrid pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Rabu lalu.
UECL: Martinez terlepas aksi separuh akhir pertama
Penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez, akan terlepas aksi separuh akhir pertama Liga Conference Europa (UECL) menetang Olympiacos, bulan depan.
Piala Asia B-23: Info Siaran Langsung dan Live Streaming Malaysia vs Vietnam
Skuad B-23 negara akan meneruskan kempen Piala Asia B-23 dengan bertemu Vietnam dalam perlawanan kedua Kumpulan D di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar, malam ini.
Piala FA Inggeris: Pochettino tidak mahu anak buah pandang rendah kemampuan City
Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino, memberi amaran kepada anak buahnya untuk tidak mengambil mudah tentangan Manchester City menjelang perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris malam ini.
Piala FA Inggeris: Cole Palmer tidak perlu bukti apa-apa kepada Man City
Mauricio Pochettino percaya penyerang Chelsea, Cole Palmer, akan mara ke separuh akhir Piala FA Inggeris bertemu Manchester City malam ini tanpa apa-apa untuk dibuktikan kepada bekas majikannya, menegaskan dia adalah pengurus yang tepat untuk membantu pemain berusia 21 tahun itu meneruskan peningkatan yang menakjubkan.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Penyerang sensasi, Erling Haaland, dijangka bakal terlepas aksi Piala FA Inggeris bertemu Chelsea awal pagi esok.
Wilfred Ndidi and Jamie Vardy goals secure vital Leicester win over West Brom
Chelsea stun Barcelona to take first-leg lead back to Stamford Bridge
The defending champions suffered their first home defeat for five years.
Wrexham ease to victory against 10-man Crewe
Ryan Cooney was shown a straight red card for handball.
FC Halifax earn play-off place with final-day win
Eastleigh were well beaten on the road.
Altrincham secure home play-off tie with win over relegated Oxford City
.
Hartlepool end the season with thrilling away win
Dorking were beaten by the odd goal in seven.
York stay up despite losing to Solihull Moors
Jack Stevens eventually found the breakthrough for the hosts in the 87th minute.
Devante Rodney nets late winner for Rochdale at Southend
Cian Hayes had levelled for the visitors.
Mason Barrett fires Wealdstone winner in 3-2 victory over Oldham
.
Woking make sure of safety with comfortable win over AFC Fylde
.