Shaiful Shamsudin
Tue Mar 28 2023
Robin van Persie menyokong Arsenal untuk mengetepikan cabaran Manchester City, seterusnya menawan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak musim 2003-04.
The Gunners memasuki jadual antarabangsa dengan kelebihan lapan mata untuk mengatasi juara bertahan kendalian Pep Guardiola itu yang mempunyai satu perlawanan lagi di dalam tangan tatkala hanya berbaki 10 perlawanan lagi untuk menentukan sang juara.
Bulan depan yang penuh berliku menanti Arsenal sepanjang April ini apabila perlu bertandang ke Liverpool dan City selain pertembungan di tempat sendiri dengan Chelsea, manakala Newcastle United menanti pada Mei.
Arsenal pernah gagal dalam usaha mereka menamatkan kemarau trofi EPL dan pengalaman mentah pasukan itu dalam situasi sedemikian mengundang kebimbangan tetapi bekas kapten, Van Persie, tidak melihat ia satu isu yang boleh menyekat kejayaan mereka.
"Arsenal beraksi dengan sangat baik, mereka bermain secara tekal. Mereka menyajikan bola sepak yang sangat bagus yang menarik untuk ditonton," katanya selepas perlawanan Rangers' Match of Legends.
"Mereka cukup bertenaga, bertahan dan bijak menyerang.
"Ia kelihatan sangat bagus. Pada pendapat saya, mereka memang layak memenangi liga.
“Apa pun kedudukan mereka masih sukar kerana City pasti akan memberi tekanan kepada Arsenal hingga hari terakhir.
"Jika anda melihat tempoh ini, di sinilah setiap mata menjadi sangat berharga. Terdapat beberapa perlawanan yang sukar yang perlu ditempuhi tetapi mereka mampu mengutip tiga mata di sana, inilah elemen yang dimiliki sebuah pasukan yang bergelar juara.
"Mereka telah membuktikannya tetapi perlawanan terakhir sentiasa sukar. Ia akan menjadi menarik untuk disaksikan tetapi pendapat peribadi saya, mereka akan melaksanakannya dan mereka akan memenangi liga.
"Sudah agak lama jadi saya pasti tumpang gembira andai mereka memenanginya."
EPL: Pep Guardiola anggap Liverpool, Arsenal berpeluang menang EPL
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mempercayai bahawa kelab-kelab terutamanyan Liverpool dan Arsenal tetap berpeluang untuk memenangi Liga Perdana Ingeris (EPL) walaupun ketika dia menjadi pengurus kelab itu.
Penyokong Arsenal tersilap 'serang' hotel penginapan Manchester City
Penyokong Arsenal malu besar apabila tersilap 'menyerang' hotel penginapan yang dikatakan menempatkan pemain Manchester City.
EPL: Arsenal kembali ke tangga teratas hasil menang tipis ke atas Manchester United
Arsenal kembali ke tangga teratas menjelang minggu terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Manchester United di Old Trafford awal pagi tadi.
EPL: Arteta tuntut aksi terbaik kalahkan Manchester United
Pengendali kelahiran Sepanyol, Mikel Arteta, melaungkan amaran keras buat anak buahnya untuk mempamerkan aksi yang terbaik menentang Manchester United di Stadium Old Trafford, malam ini.
EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Berbaki dua perlawanan sahaja lagi, bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan dengan perarakan bas bersama penyokong di sekitar London.
EPL: Adebayor tidak minat Havertz, anggap Arsenal berisiko tercicir mata
Bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor, menyatakan bahawa dia bukan peminat besar kepada Kai Havertz kerana berasakan pemain itu tidak mempunyai kualiti fizikal yang bagus sebagai pemain penyerang dalam skuad The Gunners.
Saka tabik kekentalan Arsenal
Bukayo Saka menyanjungi semangat juang Arsenal ketika mereka mengharungi kebangkitan lewat Tottenham untuk meraih tiga mata dalam 'derby' London utara.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kai Havertz menjaringkan dua gol ketika menewaskan bekas kelab lamanya Chelsea 5-0, dalam usaha untuk membawa Arsenal terus menduduki takhta Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
EPL: Arsenal kembali sebagai pendahulu demi misi juara liga
Selepas tersingkir dari cabaran Liga Juara-Juara Eropa (UCL) rabu lalu, pasukan dari London, Arsenal, kembali dalam rentak untuk mengintai kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
UCL: Kebanyakan pemain tiada penggalaman tapi mereka sedia tewaskan Bayern -- Mikel Arteta
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya kejayaan di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) akan membawa nama Arsenal ke tempat yang lebih baik sebagaimana dia memberitahu pemainnya agar mencipta cerita yang berbeza dalam perlawanan di Allianz Arena nanti.
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'
Leverkusen have no time to soak in 'Neverlusen' season - Alonso
Alonso: no time to soak in season
Forest 'still have to finish the job' against Burnley, says Nuno
Nuno calls for Forest focus