Sri Pahang FC difahamkan berpaling semula kepada khidmat Wan Syazmin Wan Rozaimi dengan meminjam khidmat penjaga gol itu daripada Kedah Darul Aman FC.

Di Nadi Arena malam tadi, pengurus Sri Pahang FC, Datuk Suffian Awang, mendedahkan seorang penjaga gol import menjadi buruan Tok Gajah menjelang tarikh akhir perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga-M) 2024.

Begitupun, hasrat itu terbantut dan kelibat bekas penjaga gol itu kembali ditagih selepas hanya sebulan berkelana ke seteru Liga Super tersebut.

Difahamkan, penjaga gol kebangsaan Singapura, Izwan Mahbud, berada dalam pilihan awal kelab berkenaan sebelum seorang penjaga gol dari Uzbekistan tampil sebagai pilihan terbaru.

"Jurulatih telah mengenal beberapa pemain termasuk dari Singapura untuk Sri Pahang FC secara pinjaman.

"Namun, alternatif untuk calon-calon tersebut juga ada. Kami mahu mendaftarkan penjaga gol dengan secepat mungkin sebelum 3 Mei (tengah malam tadi)," katanya di Nadi Arena.




Sri pahang menerima tamparan apabila kehilangan Izham Tarmizi Roslan pada saat-saat akhir yang difahamkan kembali ke pangkuan Johor Darul Ta'zim (JDT)..

Ia sekali gus menyaksikan mereka hanya memiliki khidmat Zarif Irfan Hashimuddin dan Azfar Arif Sukri sebagai pilihan di benteng akhir.