Reziq Banihani menjadi pertaruhan baru di jentera serangan Selangor FC selepas didaftarkan pada saat akhir jendela perpindahan Liga Super, malam tadi.

Gergasi Lembah Klang itu pada malam tadi mengumumkan ketibaan ketua pasukan Jordan B-23 itu.

Reziq merupakan nadi kelab kelab Jordan, Al Faisaly SC, dan enam kali beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu selain merupakan penjaring terbaik liga Jordan B-17 dan 19.




Begitupun, berita perpindahannya telah mengecewakan sebilangan penyokong kelab itu yang menganggapnya sebagai satu kehilangan besar.

Namun, mereka akhirnya akur dengan perjanjian yang menguntungkan kelab itu.